KASUT KESIHATAN MEDIFEET
Thursday, 20 July 2017
Tuesday, 11 July 2017
MOLEK DAN COMELNYA MEMAKAI KASUT KESIHATAN MEDIFEET DENGAN HARGA BERFARIASI RM 199-RM 299
Assalamualaikum. Selain baju, kasut merupakan barang yang paling susah untuk kita cari. Yela, macam baju, mesti nak cari yang sesuai, yang padan dengan badan dan yang paling penting, selesa. Sama lah macam kasut. Kasut merupakan barang yang paling penting kalau kita nak keluar rumah. Jauh mana kita boleh jalan kalau kasut tidak selesa? Jika anda tercari-cari kasut yang sangat selesa dengan pelbagai design menarik, anda boleh cuba Medifeet.
Membeli kasut bukan hanya berkenan kerana ia cantik dan murah tapi yang paling penting memastikan kasut yang dibeli itu selesa dan tidak menyakitkan kaki mahupun tubuh, MediFeet ada jawapannya. Baru2 ni one of my friend try pakai kasut ini, very good respond from my friend.
Kesihatan kaki dan kasut sangat berkait rapat, matlamat Medifeet adalah untuk memberi anda kasut yang selesa, tahan lama dan menyediakan sokongan yang terbaik untuk kaki anda. Kaki merupakan antara anggota terpenting yang perlu diberi perhatian kerana kaki mempunyai peranan besar melancarkan pergerakan badan dan menampung berat tubuh.
Satu cara menjaga kesihatan kaki adalah melalui pemilihan saiz kasut yang betul, bahan yang digunakan serta tahap keselesaan. Jika harga kasut mahal sekalipun tetapi tidak selesa, tiada gunanya.
Medifeet pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan kasut yang memerlukan penjagaan khas, termasuk kencing manis, artritis dan lain-lain jenis masalah kesihatan. Medifeet merupakan satu-satunya jenama kasut yang mengeluarkan kasut khusus untuk penghidap diabetes. Menariknya, kasut Medifeet ini juga sesuai untuk wanita hamil yang memerlukan kasut yang lembut untuk menampung berat badan yang makin meningkat serta kaki yang makin membengkak.
Kasut Medifeet adalah sangat selesa dan tahan lama. Ia menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang telah digunakan khusus untuk setiap keadaan kaki tertentu dan disesuaikan untuk menahan panas di kawasan iklim panas. Konsep yang diterapkan oleh Medifeet adalah kasut yang selesa dan sihat, tetapi masih mampu bergaya dengan cantik.
Kekuatan kasut kesihatan Medifeet terletak pada alas di bahagian dalam setiap kasutnya. Ia dilapik menggunakan komposit khas dikenali ‘poron’ yang bebas sepenuhnya daripada getah dan PVC serta menepati ciri persekitaran hijau yang berfungsi untuk menyerap tekanan atau beban, sekali gus memudahkan pergerakan kaki pengguna.
Kelebihan kasut dari Medifeet adalah:
Monday, 10 July 2017
KASUT KESIHATAN BERUPA KENCING MANIS,SAKIT TULANG BELAKANG,DIABETES MARI KE KEDAI KAMI DI DEPAN SMK 1 KUBANG KERIAN
KASUT MEDIFEET KUBANG KERIAN
MEMBELI kasut bukan hanya berkenan kerana ia cantik dan murah namun yang paling penting memastikan kasut yang dibeli itu selesa dan tidak menyakitkan kaki mahupun tubuh anda.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat kasut kesihatan yang direka dan dicadangkan bagi mereka yang menghidap artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, sakit sendi dan diabetes.
Kasut kesihatan ini turut sesuai bagi wanita yang sedang hamil, obes, pekerjaan yang memerlukan waktu berdiri atau berjalan yang lama seperti doktor, jururawat, guru, polis, askar dan sebagainya.
Jika anda bercadang untuk pergi melancong, bercuti atau mengerjakan umrah dan haji, memakai kasut kesihatan adalah sesuatu yang disarankan.
Terdapat tiga jenama kasut kesihatan yang terdapat di pasaran pada masa sekarang, iaitu Step Care, Medi Feet dan Foot Link.
Setiap jenama kasut kesihatan ini memiliki kelebihan seperti anti kejutan, ruang jari yang lebar, fleksibel, lengkung sokongan yang tahan, tidak licin dan mudah dibersihkan.
Menurut Azida Kamaluddin yang telah tiga tahun menjual kasut kesihatan ini, kasut kesihatan memenuhi keperluan dan kehendak mereka yang memerlukan penjagaan yang rapi termasuk pesakit diabetes, artritis dan pelbagai keadaan kesihatan yang lain.
Kasut ini benar-benar selesa dan ringan serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan mendapat kawalan kualiti yang ketat.
Bahan-bahan yang dipilih untuk pembuatan kasut kesihatan ini dibuat khusus bagi keadaan kesihatan kaki dan disesuaikan dengan suhu di negara-negara yang panas.
Keselesaan dapat dirasai pada pelapik kaki dan lengkung di dalam kasut yang menjaga kaki. Bahan luar kasut seperti mikro fiber dan kulit membuatkan kaki tidak berpeluh, terasa ringan, mudah dijaga, tidak perlu dikilatkan, cepat kering, tidak berbau dan tidak licin.
Mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan berdiri lama atau sering berjalan amat sesuai memakai kasut ini dan rasa kepenatan mereka akan berkurangan.
Ia boleh dipakai hari-hari dan sekali mencuba memakai kasut ini, anda pasti akan terus suka untuk memakainya setiap hari," kata ustad fadli yang menjual kasut kesihatan untuk lelaki dan wanita .
Tambahnya, di kelantan, penjualan kasut kesihatan tidak begitu meluas dan hanya melalui ejen, farmasi, pengedar terpilih, kios dan hospital.
Belum ada lagi kedai kasut kesihatan di kompleks membeli-belah. Beliau sendiri menjual kasut kesihatan secara dalam talian dan di tempat-tempat tertentu.
Menceritakan bagaimana beliau tertarik untuk menjual kasut kesihatan, ibu kepada tiga orang anak berumur 19, 15 dan 12 tahun ini berkata, asalnya beliau mengalami masalah tulang belakang sehingga sukar untuk bergerak.
Suami yang menemani ke hospital telah terlihat deretan kasut yang dijual di farmasi hospital tersebut.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kasut tersebut, suami beliau kemudian telah bertanya kepada kakitangan farmasi mengenai kasut yang nampak selesa dengan pelbagai warna menarik itu.
Mengetahui mengenai kelebihan dan keistimewaan kasut tersebut yang sesuai bagi mereka yang menghidap masalah sakit belakang, suami telah membelikan sepasang kasut medifeet
Setelah memakai kasut tersebut, masalah sakit saya berkurangan, badan saya tidak sakit-sakit lagi dan apabila berjalan, hentakan kaki tidak terasa menyakitkan. Ini kerana bahagian dalam kasut terdapat pelapik anti kejutan yang menyerap hentakan.
Sejak itu, saya tidak lagi memakai kasut jenis lain dan selesa dengan kasut ini. Masalah tulang belakang saya pun makin berkurangan." kata mery lagi.
Menurutnya, kasut kesihatan ini boleh dipilih daripada beberapa jenis rekaan seperti kasut, sandal, selipar, bertutup keseluruhan, terbuka di depan, bertumit dan leper.
Bagi wanita yang selesa dengan kasut yang bertumit, hanya terdapat tumit setinggi dua setengah inci sahaja. Walaupun diberi nama kasut kesihatan namun ia sesuai jika dipakai ke pejabat, ke tempat kerja atau berjalan-jalan.
Sehingga kini terdapat 20 rekaan yang setiap satu boleh dipilih daripada lapan warna seperti hitam, putih, kuning, jingga, ungu, hijau, biru, coklat dan kelabu. Setiap pasang dijual pada harga di antara RM139 hingga RM259 sementara kasut kulit berharga RM299.
019-9591236 (CALL / WHATSAPP)
Subscribe to:
Posts (Atom)